Kelas ICT & STEM/IOT

10 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

9 Disember 2023, Sabtu – Kelas STEM/IOT telah diadakan untuk memperkenalkan kepada para pelajar mengenai AI Image Creator menggunakan Microsoft Bing untuk mencipta imej menggunakan teknologi AI. Kelas dimulakan dengan pelajar diperkenalkan mengenai AI Image Creator dan cara untuk mendaftar serta log masuk akaun dan mencipta imej AI menggunakan laman web tersebut.

Seterusnya kelas ICT iaitu menyunting video menggunakan laman web CapCut bertajuk ‘We Stand with Palestine’. Pelajar yang menyertai kelas ini dapat mempelajari asas cara untuk mencipta video dengan menggunakan laman web CapCut. Kelas diadakan bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Seramai 5 orang pelajar sekolah yang menyertai kelas pada kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas